Friday 8 January 2016

Keropok lekor merupakan makanan tradisi masyarakat di Terengganu dan Kelantan. Keropok Lekor sememangnya makanan yang terkenal di seluruh negara.

Bahan-bahan:

1. 1 Mangkuk Isi Ikan Selayang/Kembung yang dikisar

2. 1 Mangkuk Tepung Ubi Kayu

3. 1 Sudu Besar Tepung Gandum

4. 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik (Baking Powder)

5. 4 Sudu Besar Garam Halus

6. 1 Sudu Besar Gula


Cara Memasak:

1. Ambil 1 Bekas Besar (yang sesuai untuk mengadun semua bahan). Sapu sedikit minyak masak didalam bekas besar tersebut.

2. Masukkan 1 Mangkuk Tepung Ubi Kayu, 1 Sudu Besar Tepung Gandum, 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik (Baking Powder), 4 Sudu Garam Halus Dan 1 Sudu  Besar Gula kedalam bekas besar tadi.

3. Masukkan Isi Ikan Sedikit Demi Sedikit. Gaul Menggunakan Sudu. Setelah Sebati Barulah diuli Menggunakan tangan.

4. Uli Tepung sehingga menjadi doh (jangan terlalu keras biar sedikit lembik. Jika doh agak keras tambah sedikit air).

5. Ambil sedikit doh (lebih kurang segengam kecil) Bentukkan menjadi doh bulat.

6. Ambil Papan pencanai dan taburkan sedikit tepung ubi kayu diatas papan pencanai.

7. Uli doh menjadi keropok lekor.

8. Didihkan air dalam periuk (guna periuk besar agar keropok lekor senang masak).

9. Masukkan keropok lekor kedalam air mendidih.Tunggu keropok lekor timbul baru diangkat dan ditoskan.

10. Siap dimakan begitu sahaja ataupun digoreng..

Selamat mencuba..tq


2 comments:

  1. Casino Site - Lucky Club
    This is the best online casino site that I ever played. The choice was obvious: easy to use, easy to find, luckyclub.live and enjoyable to gamble. With so many choices and

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa Launches New $20 Million
    The Borgata Hotel 파주 출장마사지 Casino 여수 출장안마 & Spa, a luxury resort, hotel and casino located in 천안 출장안마 Atlantic 서울특별 출장마사지 City, Borgata Hotel Casino & Spa. 순천 출장안마

    ReplyDelete